Untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa akan datang, anda wajib membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera sebelum membuat keputusan untuk berurusniaga dengan Millenium Muslimah. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma & Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.
Millenium Muslimah sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja.
Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.
Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.
Millenium Muslimah akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.
Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 3 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.
Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email.
Salinan slip pembayaran hendaklah diberi kepada Millenium Muslimah melalui email sebagai bukti pembayaran. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.
Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh Millenium Muslimah.
Semua harga yang tertera pada setiap produk adalah TIDAK termasuk kos penghantaran. Sila rujuk segmen "Kos Penghantaran" untuk mengetahui lebih lanjut tentang jumlah kos penghantaran mengikut lokasi anda.
Millenium Muslimah akan memberi nombor siri setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.
Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.
Millenium Muslimah akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat urusniaga kami.
Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kepada